Wednesday, July 29, 2009

Penerapan Cita-cita

Sempena hari YIK sekolah dibawah pengurusannya cuti seluruh Kelantan. Tak ketinggalan "Ittihadiah" sekolah Ahmad Fathi Rabbani.

Sempena cuti, pengisiannya abi bawa abe Tah ke Banggul Kulim, Rantau Panjang menziarahi sebuah madrasah tahfiz. Tah bersemangat nak ke 'sekolah' itu pagi ini. Dengan berjubah dan berseluar hijau abe Tah dan abi pagi-pagi kesana. On the way singgah makan pagi di kedai nasi kerabu masyhur kedai Che Awang Salor. Abe Tah tak mahu makan nasi, hanya minum milo kosong. Ikutkannya nak milo beng, tapi abi tak bagi, "pagi-pagi tak boleh minum beng, sejuk perut...sakit perut.."projek" dan sakit gigi. Projek dan sakit gigi abe Tah takut...dengar cakap.

Sampai di madrasah jumpa pemiliknya, Tok Imam Ustaz Haji Abdullah dan anaknya Ustaz Abdul Bari. Masuk dalam kelas tempat menghafal. Nampak terkejut abe Tah, jumlah pelajar yang ratusan berada dalam kelas / dewan yang besar dan panjang seumpama empat kelas di sekolah. Berbeza sangat dengan sekolahnya. Malu-malu nak sembunyi. Minta duduk didepan abi untuk tengok dengan jelas pelajar-pelajar sedang menghafal pun tak mahu.

Abi cakap kepada Ustaz Haji Abdullah, nanti umur 13 tahun selepas tamat disekolahnya akan hantar kesini juga...insyaAllah.

Harapan...InsyaAllah di makbulkanNya.
Gnupmak-am 2:56-

Friday, July 17, 2009

Dengan Nama Allah...Pengajaran Kebenaran

Anak-anak dan Matlamat
Anak-anak kami; Ahmad Fathi Rabbani berumur 6 tahun dilahirkan pada 15 September 2006, Ainul Fatihah Mujahidah berumur 3 tahun dilahirkan pada 4 September 2003 dan Ahmad Fathan Jundullah baru 4 bulan dilahirkan pada 4 Mac 2009.

Matlamat dan Pendekatan
Bagaimana nak masukkan matlamat utama, tauhid dan akhirat dalam minda dan jiwa anak-anak....dalam hati dan fikiran mereka ?. Sesungguhnya, pada dasarnya matlamat itu ada pada semua minda dan jiwa ibu bapa...ada dalam hati dan fikiran ibu bapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya.

Bukti Bermatlamat
Bukti termudahnya, semua ibu bapa mengikut ajaran Rasulullah s.a.w., memasukkan kalimah tauhid dengan seruan azan dan iqamah ketika menyambut anak-anak yang baru keluar dari perut ibunya sebagai salah satu cara mencapai matlamat.

Laksana Matlamat
Tak ketinggalan abi pada ketika menyambut kelahiran mereka bertiga. Kasih sayang kepada anak, untuk memasukkan tauhid dan akhirat hingga setengah ibu bapa melebih-lebihkan cara, menambah teknik dan pendekatan hingga mereka-reka membuat apa yang bukan dari ajaran Rasulullah s.a.w.

Tazkirah...Penghayatan Matlamat
Itu buktinya ibu bapa tersangat peka dengan matlamat ini sehingga perlu di"tazkirah"kan pula bagaimana cara sebenar. Kita mesti sedar dan insaf selalu bahawa matlamat mentauhid dan mengakhiratkan anak-anak adalah kerja pendidikan yang paling utama. Disana ada perbincangan yang dari masa kesemasa.

Anak-anak...Baru abi faham makna kasih sayang.
Perbincangan Tentang Kebenaran
Malok-4 pg.

Wawasan dan Gagasan Akhirat...anak-anak kami

Muqaddimah
Syukur, dalam suasana yang hening bening, diri ini masih bersama suatu harapan yang unggul dengan bahasa tauhid, bahasa cinta...cintailah Allah dan Rasul. Allah dan Rasul adalah puncak dan kemuncak dalam kehidupan manusia. Tanpa adanya cinta terhadap Allah dan Rasul dalam hati dan diri manusia itu, maka hancurlah kehidupannya. Bukan kehancuran jasad tapi hancur suatu nilai disisi Allah dan RasulNya. Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. mengajar manusia supaya akhirat diutama dan didahulukan.
Sekian.
3:40 pg. Malok