Saturday, February 13, 2010

Bersantai

Semalam bersama anak-anak isteri di Pantai Pengkalan Maras.

Wednesday, February 10, 2010

Sukan Tahunan di Ittihadiah Tanjung Pagar


Saya yakini dimana pun, kebanyakan sekolah-sekolah agama rakyat di dirikan atas kefahaman 'pemikir-pemikir' setempat ketika itu diatas kecintaan kepada agama.
Di Kampung Kolam, kampung saya dan di Sekolah Agama Ittihadiah Tanjung Pagar Ketereh dan dimana saja kita lihat tempat pusat-pusat pengajian seumpama ini begitu terhad tempat mereka.


Hari ini program sukan tahunan Sekolah Agama Ittihadiah. Saya tabik diatas kecekalan guru-guru mengendalikan anak-anak murid mereka. Sebahagian acara sukan diadakan di dalam dewan, khususnya untuk anak-anak darjah satu hingga enam.

Hari ini, Ahmad Fathi Rabbani pertama kali masuk perlawanan dalam sukan tahunan itu mewakili pasukan merah.

Pertandingan 'makan buah timun... siapa cepat habis dapat nombor 1'

Monday, January 11, 2010

Anugerah...syukur....dah sihat

Sebelum demam, mama Fathan bersama MakSu dan cucunya

..........makan pagi Sabtu, di Restoran Itik Serati Buluh Poh, Ketereh.

..... boleh merangkak dah... tapi bila nak cepat kena mengesok lagi.


Ahmad Fathan Jundullah bersama "Mek" , mak saudaranya yang mengasuhnya setiap hari. Kak Jah, budi baik mengasuh anak kami, "harap Allah merahmati Kak Jah sekeluarga"


Dua minggu lepas anak bongsu mama Ahmad Fathan Jundullah [ 3 tahun ] demam. Terkejut pada suatu hari minggu lepas tu. Adik Fathan bangun pagi itu seperti biasa cergas dan manjanya tak mahu berpisah dengan mama.

Masa itu abi di dapur. Mama bawa abi ke dapur. "Tengok ni abi, pelik Fathan ni, tadi cergas nak ikut-ikut mama tiba-tiba berubah macam ada sesuatu, macam ketakutan dan terkejut sesuatu pada hal tak ada apa-apa". Tak ada apa-apa mungkin maksudnya merujuk kepada tadinya cergas.

Abi ambil Fathan dari dukungan mama. Tiba-tiba nampaknya berubah. Benar seperti kata mama tadi. Abi usap dikepalanya, memang panas. Terkejut abi, mulut Fathan bertukar dari merah [ merah bibir kanak-kanak ] kepada biru. Tubuh terketar-ketar.

Yang terketar-ketar itulah yang mama Fathan kata, "macam ketakutan dan terkejut" tadi. Mama ni, teliti orangnya tapi kerana tak ada pengalaman macam ni maka "terbabas" tanggapan mama. Abang Fathan, Fathi ada juga deman panas . Jam 11 malam ke HUSM Kubang Kerian.

Abi hubungi kawan abi, Doktor Ramli Rantau Panjang. "Apa dia macam ni doktor Li ?" Pagi ini cuti pagi Jumaat. Ganggu Dr. Li nak rehat, "maaf banyak Dr. Li" Terima kasih banyak atas layanan Dr. Li pada pagi itu.

Dengan bahasa mudah boleh kata "nak demam panas". Lalu abi bawa jumpa Dr. Afif di Klinik Farhain di Kok Lanas. Doktor bagi ubat "roket"> Lepas masuk "roket" dari sehari kesehari tambah lega.
Rabu 30 Disember 2009, hari mula demam, rancangannya nak balik Telipot, Batu Rakit tak jadi. Kuliah malam Khamis di Masjid Ar-Rahim pun dibatalkan juga kerana sedikit ujian Ahmad Fathan Jundullah....Ahmad Fathan itu adalah seorang "Jundullah" atau "Tentera Allah"

Sekarang syukur....dah sihat dan lepas segar deman boleh merangkak dan boleh gagahkan diri bergantung ke kusyen untuk berdiri.

Anugerah Allah.

Di Kuliah Jumaat Kolam Mak Mayong

Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd. Nasir Mat Sah
.....sedang menyampaikan kuliah Jumaat pada 8 Jan 2010 lalu

Abe Tah sedang mencatit point pengajaran kuliah Jumaat hari ini.
Membelakangi abe Shim, Pak Cik Yee.....

Jumaat lalu, 8 Januari, 2010 kuliah Jumaat di Masjid Taqwa minggu kedua setiap bulan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd. Nasir Mat Sah, AJK PAS Kawasan Bachok.

Minggu inI abi berkelapangan. Dapat bersama hadhir di majlis kuliah ini. Kali ini abi bawa abe Tah bersama. Pada mulanya tak mahu bila diajak tapi bila dikatakan, "abe Tah bawa pensil dan menulis ke atau melukis ke" baru dia setuju.

Bagi abi, ini adalah pengajaran abi kepada anak-anak abi dan anak mama. Abi bina Masjid Uthmani. Maka tiada orang lain yang akan mewarisi masjid itu kecuali anak-anak abi.

Moga-moga Allah S.W.T. membantu usaha abi ini, insyaAllah.

Monday, January 4, 2010

Abe Tah Memasuki Darjah Satu

Sebahagian sudut pandangan Sekolah Rendah Islam Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh.
Moga-moga Ahmad Fathi Rabbani mendapat manfaat disini sehingga diatur kelangkah seterusnya...insyaAllah.
3 dan 4 Januari, Ahad dan Isnin seluruh negara, di Pantai Timur dan Pantai Barat....1 Malaysia, anak-anak Malaysia memasuki alam persekolahan tahun 2010. Tak ketinggalan anak sulung mama dan abi, Ahmad Fathi Rabbani [ AFR ] meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Islam Ittihadiah, Tanjung Pagar, Ketereh.
Tahun lepas 2009 AFR telah setahun belajar disini ketika pra, 6 tahun. 2008 dahulu AFR mula kenal a. b. c. dan alif ba ta di PASTI Nur Iman Kampung Kolam yang abi jadi Pengerusi dengan bermatlamat "Melahirkan Insan Bertaqwa".
Dengan matlamat asas tersebut tahun ini abi membuat keputusan bahawa AFR perlu kekal di SRI Ittihadiah, Tanjung Pagar. Ertinya abi mengorbankan Sekolah Kebangsaan Kolam yang berada di depan mata.

Ini cara saya, cara abi dan bukanlah bererti orang lain tidak baik dan tidak bermatlamatkan 'taqwa'. Taqwa ada dimana-mana.
Moga-moga Allah merahmati, mendorong dan memberi bantuan, 'ditambahi hidayat" kepada usrah yang baru dibina ini.

Friday, December 11, 2009

Anak-anak



Anak-anak

Wahai anak mama, anak abi...Ahmad Fathan Jundullah yang baru memasuki alam baru 04 Mac,09...dari jari yang kecil inilah tumbuhnya harapan abi dan mama. Fathan adalah untuk Islam .....


Ahmad Fathan Jundullah.....kakaknya Ainul Fatihah Mujahidah dah pandai bergaya nak bergambar. Walau dah ada adik tapi masih membahasakan dirinya "adik Fatihah"...Dia tak tahu apa itu "adik"....

Sunday, August 9, 2009

Mutiara Hati
















"Baru faham dan reti, erti kasih dan sayang"

Seperti siapa saja, anak adalah 'mutiara hati' ibu dan bapa. Tak ketinggalan juga kami berdua. Sekarang baru kami tahu apa itu kasih sayang. Apa erti kasih dan sayang yang sebenarnya.
Setiap kali menaiki kereta, Fathi terus mengambil CD 'nasyid popular sinetron' dan dipasangnya CD itu. Kadang-kadang Fatihah pun 'memerintah' abangnya atau mama dan abinya supaya pasang 'sadi'. "Pasang sadi mama" 'Sadi' tu CDlah.

CD tu tak ada yang lainlah, 'mutiara hati' jadi pilihan. Kalau pasang yang lain, mereka memberontak. Kadang-kadang ikut juga hati mereka berdua. Kadang-kadang tidak. Budak-budak tak boleh diikut selalu kehendaknya, rosak nanti. Lawan tokey !

Mereka berdua mengikut perlahan-lahan nasyid itu dengan suara halus mereka. Tak tahulah apa yang mereka rasa sebenarnya. Yang tahunya, "budak-budak suka nasyid" "nasyid kanak-kanak". Kebanyakan ibu / bapa bercakap demikian. Tak ketinggalan kami berdua juga.

Nasyid 'mutiara hati' memang mengasyikkan, 'sedap'. Lagu dan liriknya memberi kesan. Ditambah lagi suara halus Sakha. Abi beli CD nasyid ini di Kedai Buku Banggol Batu Enam akhir bulan Julai lalu. "Beli lah Pak Cik, sedap nasyid tu, budak-budak suka". Abi pun dengar jarang-jarang di tv. Lagu ini jadi lagu tema sebuah filem Indonesia yang ditayang pada waktu petang di tv 9...kalau tak silap !

Abi rasa Su Finah dan Cik Ema pun boleh ikuti nasyid tu. Ehhhh...Aqila pun ikut juga senyap-senyap. Yang tentu Angah tau nasyid tu. Mak Teh dan Mak Long rasa tak boleh nak jangka. Maaflah kepada nama-nama dan gelaran yang disebut tu. Abi hormati mereka semua. Anak-anak abi dan mama jangan derhakakan mereka semua. Fatihah, Fathi dan Fathan...hormat mereka semua seperti menghormati mama Aqila.

Tak salah kalau disalin disini:..."Mutiara Hati"....

Ku rindu kasih sayangmu
Kau pergi tinggalkan daku
Masih lekat di hati ini
Kau bilang ku mutiara hati
Ku ingin berjumpa dengan mu
Bonda telah menghadap Ilahi
Biarkanlah hanya dalam mimpi
'Tuk menghapus semua rinduku
Ya Allah berikanlah aku
Bonda yang berhati mulia
Sebagai ganti dia yang pergi
'Tuk membimbing menuju redha Mu
Pancarkanlah cahaya Mu
Pada jiwa ku ini
'Tuk mendapat rahmat kurnia Mu

Begitulah "mutiara hati"....bila abi dengar nasyid ini abi teringat kepada 'mak' Fathi, Fatihah dan Fathan, bonda ku yang telah pergi selama-lamanya. Sayu rasanya bila sampai di "Ku ingin berjumpa dengan mu...Bonda telah mengadap Ilahi"...yang tiada gantinya....untuk selamanya. Sedap juga agaknya kalau Mawi bawakan nasyid ini. Cuba sekali Mawi !

Abi pula rasa sesuai dengan budak-budak anak-anak kita kerana ada "Ya Allah berikanlah aku"...Fathi dan Fatihah selalu sebut "Ya Allah...." walau pun masih salah sebutannya. Fatihah kata, "Ya Allah" jadi "Ya awaah". Masih tak boleh nak letakkan lidah di pangkal gigi atas lalu ditutup mulut, jadilah huruf 'lam' bertukar jadu huruf 'waw'. Ada faedahnya kalau kita pandai mengajarnya.

Jangan yang lain, selain "Allah" dihati kita
"Allah" Mutiara hati orang beriman
Hamur-12:01am-In