Monday, January 4, 2010

Abe Tah Memasuki Darjah Satu

Sebahagian sudut pandangan Sekolah Rendah Islam Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh.
Moga-moga Ahmad Fathi Rabbani mendapat manfaat disini sehingga diatur kelangkah seterusnya...insyaAllah.
3 dan 4 Januari, Ahad dan Isnin seluruh negara, di Pantai Timur dan Pantai Barat....1 Malaysia, anak-anak Malaysia memasuki alam persekolahan tahun 2010. Tak ketinggalan anak sulung mama dan abi, Ahmad Fathi Rabbani [ AFR ] meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Islam Ittihadiah, Tanjung Pagar, Ketereh.
Tahun lepas 2009 AFR telah setahun belajar disini ketika pra, 6 tahun. 2008 dahulu AFR mula kenal a. b. c. dan alif ba ta di PASTI Nur Iman Kampung Kolam yang abi jadi Pengerusi dengan bermatlamat "Melahirkan Insan Bertaqwa".
Dengan matlamat asas tersebut tahun ini abi membuat keputusan bahawa AFR perlu kekal di SRI Ittihadiah, Tanjung Pagar. Ertinya abi mengorbankan Sekolah Kebangsaan Kolam yang berada di depan mata.

Ini cara saya, cara abi dan bukanlah bererti orang lain tidak baik dan tidak bermatlamatkan 'taqwa'. Taqwa ada dimana-mana.
Moga-moga Allah merahmati, mendorong dan memberi bantuan, 'ditambahi hidayat" kepada usrah yang baru dibina ini.

No comments:

Post a Comment