Ahmad Fathi Rabbani telah melalui peperiksaan disekolahnya yang berkeputusan dia dapat nombor 5 daripada 17 orang pelajar semua. Peperiksaan pertama dalam persekolahannya di Sekolah Rendah Islam Ittihadiah ini. Pertahankan nombor 5 itu, jangan lebih dari nombor 5, insyaAllah.
"Abi, ni cikgu suruh abi 'tepet' [ lekatkan ] gambar Tah di buku tu..cikgu suruh abi tulis situ [ nak sebut sign / tandatangan tak reti ]. Suatu perkara baru baginya. Teruja gembira...banyak bercakap membuat ulasan. Itulah buku rekod kemajuan yang ditandatangani guru kelasnya Nik Nurul...terkenal dengan cikgu Nurul. Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik dan mengajar anak kami.
Alhamdulillah...dapat abi rasakan gembiranya abi dan mama melihat suasana ini. "Mama...anak kita mama" Senyum manis mama..tak kata apa pun. Itulah mama Fathi..."Aqila". Syukur, kira bolehlah. Lemahnya subjek hiwar..dapat 80. Yang lain ada yang dapat 100. Memang Fathi lemah dalam komonikasinya. "Kalau buat kerja dia buat cepat", kata salah seorang cikgunya. Itu hal peperiksaan.
Pagi ini, abi bagi duit syiling RM 2. Seperti biasa RM 2 cuma duit syiling. "Banyaknya" kata Fathi. Nampak berkeping-keping duit syiling dia fikir banyaklah. Kalau hari-hari yang lalu, abi bagi duit kertas 2 keping, yakni RM 2 juga. Kerana kertas, walau pun nilai yang sama sedikitlah selama ini. Hari ini Fathi kata banyak. "Dah banyak mari abi pegang, nanti balik sekolah Tah ambil semula". Abi minta balik tak nak bagi, tapi abi ambil juga. Maknanya kanak-kanak, itulah persepsinya. Diakhir percakapan kami dua beranak, abi kata pada Tah, "Abi tak ada duit, Tah jangan beli semua duit banyak tu, Tah bagi pula pada abi nanti"
"Ya abi".
Duit adalah benda. Kebendaan ada cabarannya tersendiri. Kebendaan ada cara berhadapan dengannya. Harapnya Allah memberi panduan dan hidayatNya. "Ya Allah jadikanlah apa yang kami lakukan terhadap anak-anak kami ini tepat dengan kehendak Mu dan memberi kesan yang baik sehingga terdidik menjadi orang yang baik" InsyaAllah.
Dunia hari ini adalah dunia yang penuh dengan ujian kebendaan. Allah s.w.t. melimpah ruahkan kebendaan Nya kepada hambanya. Dengan kebendaan itu ada yang makin mantap hubungan dengan Allah, berbelanja dijalanNya...untuk Islam. Ada yang makin sombong dan angkuh. 'Agah' kata orang Kelantan.
"Awas...ingatlah, sesungguhnya manusia itu boleh melampau, lupa diri, lupa hukum Allah". Kejadian melampau ini berlaku kerana manusia "Melihat dirinya serba cukup kaya [ dengan harta, pangkat dan pengaruh ]...manusia ada harta yang banyak. Mohon Allah menjaga hati hamba ini dan keluarga kami.
Sekian.
Kebendaan...Cabaran Kehidupan
Sanal-1:24pm-Sa
Tuesday, August 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam..
ReplyDeleteAlhamdulillah...dpt jugak Cik Ema browse blog Abe ni..